KEK PISANG

Tuesday, May 20, 2014

APAM NASI dengan pelbagai corak!!












APAM NASI
(sumber :  Bicara Kak Noor)



Bahan-bahan :

3  cawan  tepung beras
1  cawan  tepung gandum
1  cawan gula
1  peket yis Mauripan
2  cawan nasi
3  cawan  air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara-cara :

Masukkan kesemua bahan kecuali kelapa parut putih ke dalam mangkuk besar, gaulkan dan ketepikan sebentar.  Kemudian masukkan nasi dan air ke dalam mesin pengisar.  Kisarkan nasi sehingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi dan biarkan sebati.  Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan.

Panaskan kukusan terlebih dahulu.  Masukkan adunan ke dalam acuan pilihan (kecil) dan kukuskan selama 10-15 minit.  Setelah masak, hidangkan dengan kelapa parut putih yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

No comments:

Post a Comment