KEK PISANG

Wednesday, May 7, 2014

ROTI JALA & KUAH DURIAN






 ROTI JALA & KUAH DURIAN



Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar
sedikit pewarna kuning atau ikut pilihan


Cara-cara :

Blend kesemua bahan di atas hingga sebati.  Sedia untuk menjala menggunakan kuali non-stick.  Lepas menjala dalam beberapa saat, angkat dan gulung.  Buat hingga kesemua adunan habis.


Kuah Durian :

4-5 ulas isi durian
500 ml santan pekat
1/2 cawan gula (ikut kemanisan sendiri)
3 helai daun pandan
sedikit garam
sedikit air (jika perlu)

Cara-cara :

      Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan renehkan hingga mendidih.  Jika terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.  Sentiasa dikacau agar santan tidak berketul-ketul.  Bila telah pekat dan isi durian telah terlerai, matikan api.  Hidangkan bersama roti jala.

2 comments:

  1. sedapnyer roti jala!!! anyway Assalamualaikum saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

    ReplyDelete
  2. terima kasih blogwalking kat sini..nanti kak akan singgah ke blog Rose Azadir pula...

    ReplyDelete