SUP TELUR
sumber : TryMasak.com
Bahan-bahan :
4 biji telur - dipukul hancur
1 tangkai daun bawang - dihiris
1 cawan air
1/2 sudu kecil lada putih
1/8 sudu kecil serbuk perisa (jika suka)
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan gorengkan telur, kacau-kacau seketika kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya sambil dikacau. Biarkan telur pecah-pecah kasar. Kacaukan dan biarkan mendidih. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment