KEK PISANG

Monday, May 5, 2014

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


 Tak sempat nak hias hanya hias ala kadar kerana anakku hendak membawanya balik
ke asrama.  Tapi kek ini moist dan sangat sedap.  Terima kasih kepada penyumbang resipi.








DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE  (9 inci persegi)
sumber :  cupcakeschek.blogspot
rujukan :  yatiememories




Bahan-bahan :

       2   cawan   tepung gandum *
    1/2   cawan   serbuk koko *
1  1/2   tsp        baking soda *
    1/2   tsp        garam halus * (yang bertanda * diayak bersama)
    1/2   cawan   gula pasir
    1/2   cawan   gula perang
   125   gm         mentega
       2   biji         telur gred 'A'
       2   tsp         vanilli extract
    1/2   cawan   buttermilk (1/2 cawan susu segar + 1 tsp cuka, biar mendadih selama 10 minit)
       1   cawan   air suam

Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 170'C.  Siapkan tin kek.  Alas dengan kertas minyak dan sapu sedikit mentega di sekelilingnya.
2.   Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda dan garam, ketepikan.
3.   Pukul mentega dan gula pasir hingga kembang, tambahkan telur satu demi satu.
4.   Bila semua sebati, masukkan campuran tepung berselang-seli dengan buttermilk dan air suam dalam 3 bahagian.
5.   Terakhir sekali masukkan vaanilli extract.  Kacau sebati.  Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak sepenuhnya.


Cream Cheese Frosting :

125  gm       cream cheese
  60  gm        mentega
 1/2  cawan   gula icing
    1  tsp        serbuk vanilli
    1  tsp        jus lemon

Cara-cara :

     Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy, tambahkan gula icing dan jus lemon.  Gaul hingga sebati.


Chocolate Ganache :

100  ml   whipping cream/double cream
250  gm   coklat masakan - dicincang
sedikit garam

Cara-cara :

     Double-boil whipping cream jangan sampai mendidih sekadar panas sedikit, tambahkan coklat masakan dan sedikit garam, kacau rata.  Angkat dan sejukkan.  Sapukan cream cheese frosting ke atas kek dan tuangkan coklat ganache di atas.  Hias ikut suka.

No comments:

Post a Comment