Thursday, May 1, 2014
KUIH LAPIS PELANGI
KUIH LAPIS PELANGI
sumber dari : yatiememories
Bahan A :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 susu kecil garam
2 cawan santan pekat
Bahan B :
1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sk esen rose
Pewarna : ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah secukupnya
Loyang : 8 inci - disapu sedikit minyak & alas dgn. plastik
Cara Penyediaan :
1. Masakkan bahan B sehingga gula pasir larut, biarkan suam sedikit.
2. Sementara itu; satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar dan gaulkan rata.
3. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul rata, kemudian ditapiskan.
4. Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan setiap bahagian.
5. Tuangkan adunan ungu dan kukus selama 10 minit diikuti dengan adunan seterusnya.
6. Lapiskan adunan berselang-seli sehingga habis. Bagi adunan terakhir, tutupkan loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis di atas kuih dan kukus selama 20 minit.
7. Setelah masak, angkat dan sejukkan dulu barulah dipotong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment