Kek marble menggunakan pemanggang ajaib generasi ke 3 yang amat mudah. Menjimatkan masa juga elektrik. Kejadian kek ini sangat sedap dan gebu sekali.
KEK MARBLE
sumber : dari buku '101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib' Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
250 gm mentega
230 gm gula kastor
4 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung naik sendiri
1 sudu makan serbuk koko
100 ml susu segar
Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula kastor sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu demi satu dan esen vanilla. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar. Pukul lagi.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Kacau rata. Manakala satu bahagian lagi biarkan warna asal. (saya letak sedikit pewarna kuning).
5. Letakkan jaring besi ke dalam pemanggang ajaib. Tutup dan panaskan selama 5 minit dengan api sederhana.
6. Sediakan acuan loyang saiz 9x6 inci yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan dilapik kertas minyak.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
8. Masukkan loyang ke dalam pemanggang. Tutup dan bakar selama 35 minit atau hingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment