KEK PISANG

Friday, May 16, 2014

ROTI SARANG LEBAH

 sebelum dibakar

 selepas dibakar






ROTI SARANG LEBAH
sumber dari :  Lydia Honey/FB, Madihaa, Citarasawan dll... (sangat sedap & gebu)..




Bahan-bahan :

   2 cawan tepung gandum
1/2 susu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
   1 sudu besar gula halus
1/4 cawan plain yogurt - suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

Bahan Glis :    1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
Bahan Tabur :    Badam hiris, kuaci, bijan dll...


Cara Penyediaan :

1.   Satukan kesemua bahan-bahan di atas kecuali air suam ke dalam mangkuk pengadun.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli hingga elastik.

2.   Tutupkan adunan doh dengan kain lembang dan rehatkan hingga adunan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal.

3.   Tumbuk-tumbukkan adunan doh untuk mengeluarkan anginnya.  Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan di dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega/minyak.

4.   Tunggu hingga adunan doh naik dua kali ganda dari saiz asal lagi.

5.   Sapukan dengan bahan glis di atas permukaan adunan doh.  Taburkan di atasnya dengan bahan tabur.

6.   Bakar pada suhu 180'C - 200'C10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir guna api atas bawah.  Make sure api oven betul-betul panas.  Jangan bakar terlalu lama kerana nanti roti keras.

NOTA :  Adunan doh lembik.  Jangan tambah tepung cuma sapu tangan dengan minyak semasa membahagikan doh kecil-kecil.  Tidak perlu perfect sebab nanti doh akan membulat sendiri bila naik.


Sos Butterscoth :

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream atau susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
 25 gm mentega
secubit garam


Cara-cara :

1.   Cairkan mentega.  Masukkan gula perang.  Kacau-kacau hingga gula larut dan berbuih.
2.   Masukkan whipping cream dan garam.  Kacau perlahan-lahan.
3.   Akhir sekali masukkan esen vanilla.  Tutupkan api, kacau hingga rata.
4.   Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.

1 comment: