KEK PISANG

Saturday, May 10, 2014

ROTI PANDAN KISMIS

 sebelum dibakar

 selepas dibakar


 sebelum dibakar
 selepas dibakar




ROTI PANDAN KISMIS
sumber :  grup KMDMTM/FB - Jalilah JJ (sedap & gebu)




Bahan-bahan :

500 gm tepung roti atau tepung gandum
1/2 cawan gula halus
1 peket yis Mauripan
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 biji telur gred 'A/B'
1 cawan air daun pandan (1 cawan air + 1 sudu kecil pandan pes)
1/2 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil baking powder
3-4 sudu besar kismis
sedikit pewarna hijau (optional)


Cara-cara :

     Ayakkan tepung roti, bread improver dan baking powder ke dalam bekas.  Campurkan marjerin, shortening, yis mauripan, gula halus dan ramaskan menjadi serbuk roti.  Masukkan telur dan air pandan yang telah dicampurkan garam...uli sehingga tidak melekat di tangan. (boleh juga menggunakan stand mixer).
     Uli 1/2 jam dan rehatkan doh 1/2 jam.  Doh akan naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan buang angin kemudian campurkan kismis dan ulikan sebentar.  Bulat-bulatkan doh dan susunkan didalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit marjerin.  Tunggu sehingga doh naik sekali lagi.  Sapukan dengan kuning telur + sedikit air dalam 2 sudu kecil di atas roti.
     Bakar pada suhu 170'C selama 1/2 jam atau 25 minit.  Setelah masak sapukan dengan marjerin di atas roti sebaik dikeluarkan dari oven.  SELAMAT MENCUBA!!

1 comment: