KEK PISANG

Friday, May 23, 2014

IKAN SARDIN MASAK SAMBAL







IKAN SARDIN MASAK SAMBAL




Bahan-bahan :

   1  tin  sardin
   3  ulas  bawang putih  -  dihiris
   3  ulas  bawang merah  -  dihiris
1/2  labu  bawang besar  -  dihiris
1/2  biji  cili merah  -  dihiris
   1  sudu besar cili kisar
   1  keping  asam gelugur
Garam & serbuk perasa secukupnya


Cara Penyediaan :

     Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.  Masukkan cili kisar dan goreng hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
     Asingkan ikan sardin dari sosnya.  Masukkan ikan sardin supaya ikan sardin boleh tergoreng terlebih dahulu.  Selepas ikan sardin agak garing, masukkan sos sardin dan sedikit air.
     Akhir sekali, masukkan garam, serbuk perasa secukupnya, cili merah hiris dan asam gelugur.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

No comments:

Post a Comment