KEK PISANG

Friday, August 19, 2016

ASPARAGUS SOS TIRAM










ASPARAGUS SOS TIRAM
oleh  :    zaralovebaking...





Bahan-Bahan :

   1  ikat  asparagus  (kurang lebih 2 cekak)
 10  ekor  udang saiz sederhana  -  kupas kulit, tinggalkan bahagian ekor, cuci & toskan
1/4  batang  lobak merah  -  hiris nipis
   4  biji  cili padi merah  -  di titik
   4  biji  cili padi hijau  -  di titik
   1  biji  bawang besar  -  hiris bulat
   3  ulas  bawang putih  -  di titik
   1  camca besar  sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa


Cara Memasak :

     Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil 1 batang asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambil bahagian lembut.  Kemudian letakkan bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut.  Kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang diingini.
     Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah sehingga berbau harum.  Masukkan sos tiram dan udang, kacau rata.  Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus dan lobak merah, kacau dan tambahkan secubit gula dan sos ikan secukup rasa.  Masak sehingga asparagus dan lobak merah lembut tetapi masih rangup.  Sesuaikan rasa dan tutup api. 
     Hidangkan panas bersama nasi putih...

No comments:

Post a Comment