Monday, August 1, 2016
PANKEK MUDAH
PANKEK MUDAH
sumber : FB@MAHN : Fiza Saad...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan susu segar (suam)
2 biji telur gred B
4 sudu makan mentega/minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh cream of tartar
4 sudu besar gula kastor
Secubit garam
Cara-Cara :
1. Campurkan tepung naik sendiri, baking powder, cream of tartar dan garam.
2. Masukkan susu segar suam, gula dan telur, gaul sebati menggunakan whisk, masukkan mentega/minyak jagung, gaul sebati.
3. Pastikan adunan tepung tidak bergentel (tapiskan), biarkan 10 minit.
4. Panaskan kuali non-stick, sapu sedikit mentega dan tuangkan 1 senduk (atau 1/4 cawan untuk mendapatkan saiz yang sama besar).
5. Bila sudah mula bersarang, terbalikkan, biarkan seketika hingga keperangan bolehlah diangkat.
6. Hidangkan bersama jem atau sos pilihan...
Labels:
Pancake/pankek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment