Friday, August 19, 2016
GULAI KETUMBAR DAUN LIMAU PURUT IKAN KEMBUNG...
GULAI KETUMBAR DAUN LIMAU PURUT
BERSAMA IKAN KEMBUNG
sumber : Ilham Dapur...
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan kembung - kerat 2
2 cawan santan
3 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji cili merah *
2 biji cili padi
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 batang timun Jepun - buang biji, potong panjang atau kacang panjang/terung
1 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Tumbuk lumat atau kisar kesemua bahan bertanda (*), panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk/kisar sehingga naik berbau harum dan bawang masak, masukkan serbuk ketumbar, tumiskan sekejap lagi.
2. Masukkan santan, asam gelugur, cili padi, timun dan daun limau purut, masak sehingga mendidih dan timun lembut sedikit.
3. Masukkan ikan, perasakan secukup rasa dan masak sehingga ikan masak.
4. Hidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment