KEK PISANG

Friday, August 5, 2016

SARAPAN DGN. ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU....









ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU
sumber  :     Majalah SAJI April 2016...





Bahan-Bahan :

6  keping  roti putih
6  ketul  sosej
6  keping  keju cheddar
3  biji  telur  -   pukul ringan
Serbuk roti secukupnya untuk salut pada roti


Cara-Cara :

1.  Potong bahagian tepi roti dan gelek sehingga nipis.  Kemudian letakkan sekeping keju bersama sosej.

2.  Gulungkan dengan kemas dan dihujung roti tersebut sapukan sedikit telur sebagai bahan pelekat.  Lakukan dengan kemas.

3.  Selepas itu celupkan roti sosej di dalam telur dan golekkan/salutkan dengan serbuk roti.  Lakukan/ulangi kesemua bahan sehingga selesai.

4.  Simpan di dalam peti sejuk selama 5 minit sebelum digoreng dengan api yang sederhana kecil sehingga berwarna kuning keemasan.

5.  Hidangkan bersama sos pilihan...

No comments:

Post a Comment