KEK PISANG

Friday, August 5, 2016

SWEEDIH MEATBALL ALA IKEA...












SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA





Bahan-Bahan :

Meatball jenama pilihan secukupnya  -  digoreng tanpa minyak dengan api sederhana hingga kekuningan
Kentang KFC  -  digoreng secukupnya
1  sudu besar  jem pilihan  -  optional
Brokolo celur & hirisan tomato secukupnya


Bahan Untuk Sos :

      2  sudu besar  mentega
1 1/2  sudu besar  tepung gandum
      1  biji  bawang besar holland  -  dipotong dadu kecil
      2  biji  tomato sederhana besar  -  dipotong dadu kecil
1 1/2  cawan  air sejuk
  100  ml   susu segar/susu cair
      3  sudu besar  sos tomato
      3  sudu besar  sos tiram
      2  sudu besar  kicap manis
      2  sudu besar  sos lada hitam
      1  kiub  pati daging 'Maggi' atau jenama pilihan
      1  sudu besar  gula


Cara Memasak :

1.  Cairkan mentega menggunakan api perlahan.  Tumiskan bawang sehingga layu dan warna kecoklatan.  (Jangan sampai garing sekadar layu sahaja).

2.  Masukkan tepung gandum, kacau sehingga berubah warna sedikit coklat.  Kemudian masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu.

3.  Masukkan air, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati daging, gula dan serbuk secukup rasa (jika guna).  Kacau rata dan biarkan mendidih.

4.  Hendaklah sentiasa dikacau agar kuah tidak berketul-ketul.

5.  Kacau sebati, tutup api, biarkan suam seketika kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan sampai halus.

6.  Hidangkan bersama meatball, kentang goreng, jem, hirisan tomato dan brokoli celur...

No comments:

Post a Comment