KEK PISANG

Wednesday, August 3, 2016

BOMBAY TOAST











BOMBAY TOAST A.K.A. FRENCH TOAST
sumber  :    Majalah 'SAJI' Julai 2015...





Bahan A :

    4  biji  telur
250  gm  susu segar
  50  gm  susu pekat manis  (boleh tambah ikut citarasa)
Secubit garam


Bahan B :

  10  keping  roti


Bahan C :

Marjerin secukupnya


Cara Membuat :

1.  Dalam mangkuk sederhana besar, satukan kesemua bahan A.  Pukul rata menggunakan "hand whisk".

2.  Panaskan kuali yang leper/rata menggunakan api perlahan, sapukan dengan sedikit bahan C (marjerin).

3.  Ambil sekeping roti, celupkan di dalam adunan telur tadi (langkah 1).  Letakkan di atas kuali leper/rata yang di lengser dengan marjerin tadi.  Panggang hingga kedua-dua bahagian bertukar warna keperangan.  Angkat dan buat yang lain pula sehingga habis.

4.  Hidangkan bersama serikaya, sos coklat, jem pilihan atau makan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment