KEK PISANG

Tuesday, August 2, 2016

KEK SIFON ZEBRA












BASIC KEK SIFON
sumber  :    Majalah 'Sedap' Ogos 2016...




Bahan-Bahan :

125  gm  tepung gandum
  25  gm  gula pasir halus@gula kastor
  90  gm  minyak masak atau minyak jagung
  85  ml   susu cair
    5  biji  kuning telur gred B
    5  biji  putih telur
 1/2  sudu teh  garam
 1/2  sudu teh  krim tartar
125  gm  gula pasir (saya guna gula kastor jer)


Cara Membuat :

1.  Ayak tepung gandum, masukkan gula pasir halus dan kacau rata.

2.  Campurkan minyak masak dan susu cair, kacau rata.

3.  Tuangkan ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau rata.

4.  Masukkan kuning telur, kacau rata dan ketepikan.

5.  Sementara itu, pukul putih telur, garam dan krim tartar sehingga setengah kembang.

6.  Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang.  (Untuk mengetahui putih telur sudah kembang, colek putih telur dengan jari atau spatula.  Bahagian hujung putih telur perlu melengkung).

7.  Tuangkan adunan putih telur ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau perlahan.

8.  Tuangkan adunan ke dalam loyang sifon bersaiz 9 inci/22 cm tanpa disapu/digris.

9.  Bakar dengan api bawah ketuhar suhu 170'C selama 50 minit sehingga masak.  Dengan segera terbalikkan di leher botol.  Sejukkan seketika dan keluarkan kek dari loyang...


INFO  :   untuk mendapatkan corak marble  (KEK SIFON ZEBRA) :

     Ambil atau asingkan 200 gm adunan dasar kek sifon, masukkan 1/2 sudu teh pes coklat@chocolate emulco dan kacau rata.  Satu bahagian lagi biarkan putih/asal.  Tuangkan adunan coklat berselang-seli dengan putih ke dalam loyang sifon...

No comments:

Post a Comment