Enak dimakan bersama ice-cream coklat atau ikut citarasa...
PUDING ROTI dan EPAL
sumber : seripayaku...
Bahan-Bahan :
4 keping roti
4 biji telur gred A/B
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang
2 biji epal - dipotong dadu
50 gm kacang pecan/walnut atau kekacang pilihan - dicincang kasar
sedikit esen vanilla
sedikit mentega
sedikit serbuk kayu manis
secubit garam
Cara-Cara :
1. Pukul telur bersama susu segar, gula, garam, dan esen vanilla sehingga gula hancur dan ketepikan dulu.
2. Sapu mentega pada ramekins atau acuan pilihan sehingga rata. Letakkan sekeping roti di dalamnya.
3. Taburkan potongan epal dan kekacang (pecan/walnut atau kekacang pilihan) ke atas roti tadi dan curahkan separuh dari campuran telur (pastikan bancuhan telur dikacau sebelum dicurahkan ke atas roti).
4. Letakkan sekeping lagi roti menutupi lapisan pertama dan taburkan potongan epal dan kekacang bagi lapisan kedua. Curahkan bahan sos sehingga hampir penuh. Taburkan sedikit serbuk kayu manis ke atasnya.
5. Panaskan oven pada suhu 180'C dan bakar puding selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
6. Hidangkan panas atau sejuk bersama ice-cream atau sos pilihan...
No comments:
Post a Comment