KEK PISANG

Wednesday, August 17, 2016

MUFFIN VANILLA OREO










MUFFIN VANILLA OREO
sumber  :     Fiza's Cooking ;  (yields :  12 pcs)...





Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung gandum
   1/4  cawan  gula kastor
      1  sudu besar  baking powder
   1/3  cawan  minyak sayuran/minyak masak
      1  biji  telur gred A
      1  cawan  susu segar
      1  bungkus  Oreo  -  dicincang bersama krimnya
      1  sudu teh  esen vanilla  -  tambahan  (resipi asal tiada)
Chocolate chips secukupnya  (tak letak tiada stok)


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.

2.  Dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum bersama baking powder dan kemudian masukkan gula kastor.

3.  Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan basah iaitu telur, susu segar, minyak dan esen vanilla (jika guna) sehingga sebati.

4.  Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering dan kaupbalikkan sekadar bercampur menggunakan spatula.

5.  Masukkan biskut Oreo yang dicincang dan kaupbalik sehingga sekata.  Jangan terlebih kacau kerana muffin akan menjadi keras selepas dibakar.

6.  Seterusnya sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan chocolate chips di atasnya.  Bakar di dalam oven selama 25-30 minit atau sehingga masak keperangan.

No comments:

Post a Comment