KEK PISANG

Monday, August 1, 2016

BUTTER CHEDDAR CHEESE CAKE...




30/7/2016 (Sabtu) - sebagai buah tangan untuk majlis rumah terbuka
sahabat lama Pn. Zilah di Seri Kembangan...








BUTTER CHEDDAR CHEESE CAKE
sumber  :    mybakingworkshop...




Bahan A :

250  gm  mentega
200  gm  gula kastor


Bahan B :

    4  biji  telur gred A/B


Bahan C :

   80  gm  keju cheddar  -  diparut


Bahan D :

100  ml   susu segar
280  gm  tepung gandum *
    1  tsp  baking powder * (* diayak)


Cara-Cara :

1.  Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.

2.  Masukkan bahan B satu demi satu dan pukul hingga sebati dan lembut.

3.  Masukkan bahan C, gaul rata dan sebati, guna spatula.

4.  Masukkan bahan D.  Kaup balik hingga sebati.

5.  Tuangkan ke dalam loyang bulat/segiempat 9 atau 8 inci, gris dan alas dengan baking paper.  (Saya guna loyang bersaiz 9 inci bulat).

6.  Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 170'C.  (Oven hendaklah dipanaskan terlebih dulu sebelum memasukkan kek).


Nota :  Taburkan di atas kek dengan parutan keju cheddar (jika suka) dan bakar.  Hiaskan ikut citarasa selepas dibakar.

No comments:

Post a Comment