KEK PISANG

Thursday, August 18, 2016

KUIH LAPIS PANDAN & STRAWBERI...











KUIH LAPIS PANDAN & STRAWBERI
sumber  :    FB :  FranCisca/Resipiku Caraku...





Bahan-Bahan :

   2  cawan  tepung beras cap bunga Teratai
1/2  cawan  tepung gandum
1/2  cawan  tepung jagung
   1  cawan  gula pasir
   1  cawan  santan pekat atau santan kotak
   3  cawan  air
1/4  sudu teh  garam halus
Sedikit pes pandan + pewarna hijau
Sedikit pes strawberi + pewarna merah/pink


Cara-Cara :

1.    Panaskan pengukus terlebih dulu dan sediakan loyang bersaiz 8 inci disapu dengan sedikit minyak dan di alas dengan plastik, ketepikan.

2.    Campurkan santan dan air ke dalam periuk.  Panaskan sebentar biarkan menjadi suam-suam kuku.  Tutup api.

3.    Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.  Gaul rata.

4.    Masukkan santan tadi ke dalam adunan tepung.  Gaul rata sehingga licin dan tidak berbintil.  (Tapis jika perlu).

5.    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  (Adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200 ml).  Bahagikan kepada 600 ml setiap satu.

6.    Warnakan 1 bahagian warna hijau + sedikit pes pandan manakala 1 bahagian lagi warna merah/pink + sedikit pes strawberi.

7.    Kemudian bahagikan lagi kepada 3 bahagian iaitu 200 ml setiap 1 warna hijau dan merah (3 bahagian hijau, 3 bahagian merah).

8.    Tuangkan 200 ml adunan hijau ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit dengan api sedang (jangan terlalu kuat).

9.    Setelah lapisan pertama masak, tuangkan 200 ml adunan merah.  Kukus lagi selama 5 minit.  Ulangi proses sehingga habis 6 lapisan dengan diakhiri adunan lapisan merah dan dikukus selama 10-15 minit sehingga masak sepenuhnya.

10.  Setelah siap, pastikan disejukkan terlebih dulu baru dipotong.

Info  :  Jika menggunakan acuan kecil, masa kukus 3 minit setiap satu. (contoh : acuan lompang)..

No comments:

Post a Comment