KEK PISANG

Friday, August 12, 2016

PUDING HORLICK COKLAT





 Warna sedikit tercampur kerana kelam-kabut, inilah jadinya tapi rasa puding ni sangat sedap...








PUDING HORLICK COKLAT
sumber  :     Fiza's Cooking...





Bahan-Bahan :

 10  gm  serbuk agar-agar  (1 paket)
   6  cawan  air
   1  cawan  gula pasir
   1  cawan  susu cair
1/2  cawan  serbuk Horlick
1/2  cawan  serbuk koko atau Van Houten


Cara Penyediaan :

1.  Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan nyalakan api dapur.

2.  Masukkan gula pasir serta susu cair dan masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.

3.  Setelah itu tutup api, bahagikan kepada 2 bahagian dan campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko, kacau rata dan sebati manakala 1 bahagian lagi dengan serbuk Horlick, kacau rata sehingga larut.

4.  Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu ke dalam loyang/acuan pilihan.  Setelah agak mengeras, tuangkan pula adunan Horlick dan sejukkan. 

5.  Untuk rasa yang lebih segar, simpankan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


TIPS  :    Basahkan loyang/acuan terlebih dahulu sebelum dituangkan adunan puding.  Ini untuk memudahkan puding dikeluarkan dari loyang/acuan setelah beku.  Jika adunan puding untuk lapisan kedua membeku sementara menunggu lapisan pertama mengeras, panaskan sekali lagi sebelum mula melapis.

No comments:

Post a Comment