Thursday, August 4, 2016
CHIFFON CHEESE CAKE...
CHIFFON CHEESE CAKE
sumber : Ruzita Kitchen; (sedap & gebuss)...
Bahan-Bahan :
110 gm tepung gandum
90 ml susu segar
5 biji kuning telur (saya guna gred B)
100 gm cream cheese, suhu bilik
60 gm mentega, suhu bilik
2 sudu besar jus oren
Sedikit parutan kulit oren (saya tambah)
5 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tartar
120 gm gula halus@gula kastor
Cara Membuat :
1. Panaskan oven dan sediakan loyang kek chiffon saiz 8 inci dan dialas dengan kertas minyak serta disapu mentega. (Saya tidak gris dan alas loyang).
2. Dalam mangkuk, campurkan susu segar, mentega, kuning telur, cream cheese dan jus oren. Gaul rata dengan whisk. (Saya double boil dulu susu segar, mentega & cream cheese seketika sekadar mentega dan cream cheese cair dan biarkan suam seketika sebelum dimasukkan kuning telur dan jus oren).
3. Masukkan tepung gandum, parutan kulit limau (jika guna) dan kacau rata sehingga likat.
4. Dalam mangkuk lain pula, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula 1/2 bahagian, putar lagi.
5. Akhir sekali masukkan cream of tartar dan baki gula, putar sehingga bertanduk.
6. Masukkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kaupbalik dengan menggunakan spatula.
7. Akhir sekali masukkan baki putih telur dan kaupbalikkan sehingga adunan rata dan sebati.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan tadi dan bakar selama 1 jam pada suhu 160'C atau sehingga masak.
9. Setelah kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan kek. Biarkan sejuk seketika dan keluarkan kek acuan. Potong dan hidangkan...
Labels:
Chiffon cake
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment