KEK PISANG

Tuesday, October 10, 2017

ASAM PEDAS LADA HITAM...









ASAM PEDAS LADA HITAM
rujukan :    Hanieliza...



Bahan-Bahan :

500  gm  ikan pari  (anggaran 2 keping saiz sederhana  ~  dipotong kecil)
2  biji  tomato  ~  dipotong 4 setiap satu
1  cawan  air asam jawa
2  batang  serai  ~  dititik
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya  ~  dipotong pendek


Bahan-Bahan Dikisar :

15  biji  cili padi
2  sudu besar  lada hitam
2  cm  halia
2  cm  kunyit hidup
2  cm  belacan
2  ulas  bawang putih
6  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Basuhkan ikan pari dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai sehingga wangi dan masak ataupun garing.
3.  Masukkan air asam jawa.  Biarkan sehingga mendidih.
4.  Masukkan ikan, garam secukup rasa dan buah tomato.
5.  Biarkan kuah mereneh sehingga agak pekat.
6.  Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih...

INFO :  Bagi menghilangkan hanyir ikan, rendamkan sebentar dengan asam limau ataupun asam jawa yang dicampur dengan garam.  Bilas dan toskan sehingga kering.  Asam pedas yang menggunakan air asam jawa lebih sedap berbanding asam keping...

1 comment: