NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP
rujukan : Azie Kitchen... (memang sedap)...
Bahan-Bahan :
1 mangkuk besar nasi putih (saya guna nasi semalam, leraikan)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi (lebihkan jika suka pedas)
Segenggam ikan bilis ~ cuci bersih & ditumbuk kasar
2 biji telur
Sayur kubis/kacang panjang secukupnya (saya guna kubis ~ dihiris kasar)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi sehingga hancur sebelum dimasukkan ikan bilis. Tumbuk kasar.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi sehingga naik bau. Masukkan kacang panjang/kubis dan kacau-kacau seketika supaya sayur tidak terlalu lembik/layu. Ketepikan bahan-bahan tadi dan pecahkan telur. Biarkan telur agak masak dan kemudian dikacau rata.
3. Akhir sekali, masukkan pula nasi. Kacau sehingga rata dan taburkan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya dan bolehlah ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.
NOTA : Boleh juga, ikan bilis digoreng berasingan sehingga garing. Taburkan di atas nasi yang telah siap digoreng. Boleh juga dinikmati bersama keropok goreng...
PUDING SAGU GULA MELAKA
rujukan : duniamasakan Jalilah JJ...
Bahan Sagu :
1 cawan biji sagu warna putih
1 liter air (5 cawan)
1 helai daun pandan disimpul
Pewarna pilihan
Bahan Tambahan :
Sumi Jelly/Mangga atau Jagung Manis dll...
Cara-Cara :
Rendam biji sagu anggaran 10-15 minit. Didihkan air dengan daun pandan. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Masak sehingga hilang putihnya. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya. Titiskan pewarna pilihan dan kacau menggunakan garfu. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Untuk Manisan :
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan disimpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan manisan di dalam periuk dan masak sehingga gula larut dan pekat. Kemudian tapis.
Bahan Santan :
1 cawan pati santan
1/4 sudu teh garam
Cara-Cara :
Masukkan bahan santan di dalam periuk dan masak di atas api sebentar andai menggunakan air yang sudah dimasak jika guna kelapa perah.
Atau :
Susu cair + susu pekat dan sedikit garam ---- masak di atas api kecil sebentar...
No comments:
Post a Comment