POPIA PISANG &
SOS GULA MELAKA
Bahan-Bahan :
10 biji pisang emas atau secukupnya ~ dihiris-hiris ikut citarasa
10 keping kulit popia atau secukupnya
Gula perang secukupnya
Peanut butter secukupnya
Nutella secukupnya, sebagai hiasan
Sos gula melaka secukupnya untuk dihidangkan bersama popia
Cara-Cara :
1. Pisang emas dikupas kulit kemudian digaul dengan sedikit gula perang atau secukupnya. Ambil sehelai kulit popia, letakkan sedikit peanut butter di atasnya diikuti dengan pisang yang disalut gula tadi dan bungkus (kaedahnya sama seperti anda membuat popia), basahkan hujung kulit popia dengan air atau putih telur dan gulung kemas. Buat hingga siap. Ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk gorengan terendam. Goreng popia sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Untuk penyediaan : Ambil popia pisang yang siap digoreng tadi, kerat dua setiap satu. Susunkan di dalam pinggan hidangan. Paipkan dengan Nutella dan drizzle kan dengan Sos Gula Melaka...
Bahan Sos Gula Melaka :
1 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan ~ dicarik & disimpul
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan sos gula melaka ke dalam periuk kecil, masak sehingga gula larut dan pekat kemudian tapis. Sejukkan dahulu sebelum digunakan. Siap untuk digunakan...
No comments:
Post a Comment