BUBUR KACANG HIJAU DENGAN
SAGU BIJI & KELEDEK
rujukan : kongsiresipi.com/AlongRoz@HomeKreation...
Bahan-Bahan :
1 cawan kacang hijau
1/4 cawan sagu biji ~ direndam
1 biji keledek ~ dipotong kecil & rebus hingga empuk
1 mangkuk santan pekat
Gula pasir & gula merah/melaka secukup rasa
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan ~ dicarik & disimpul
Cara-Cara :
1. Basuh dan rebus kacang hijau bersama air secukupnya sehingga betul-betul kembang dan lembut.
2. Masukkan santan, sagu biji, keledek yang direbus tadi, gula pasir, gula merah/gula melaka, garam dan daun pandan yang disimpul. Masak sehingga mendidih.
3. Siap sedia untuk dihidangkan...
NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP LAGI!!!!!!
sedapnyer...
ReplyDelete