Cookies tanpa telur ini begitu rapuh dan cair di mulut.
Memang sangat sedap terutama jika menggunakan butter berkualiti tinggi, eg. Anchor, SCS...
EGGLESS BUTTER COOKIES@MELTING
MOMENT
rujukan : Paty's Kitchen ...
Bahan-Bahan :
175 gm mentega tanpa garam@unsalted butter
40 gm gula aising
175 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
1/2 sudu teh pure vanilla extract
Cara-Cara :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga gebu.
2. Masukkan 1/2 tepung yang telah diayak terlebih dahulu dan pukul sehingga sebati.
3. Matikan mixer dan masukkan baki 1/2 daripada tepung tadi dan kaupbalik menggunakan spatula/senduk kayu sehingga betul-betul sebati dan rata.
4. Panaskan oven pada suhu 180'C.
5. Masukkan adunan yang sudah siap tadi ke dalam piping bag berserta nozzle 1M dan paipkan bentuk rossett.
6. Bakar selama 15 minit sehingga kelihatan sedikit keperangan dibahagian tepi biskut.
7. Biarkan sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari dulang pembakar.
8. Bila sudah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara...
No comments:
Post a Comment