KEK PISANG

Sunday, October 22, 2017

AYAM ADOBO...









AYAM ADOBO
rujukan :    Majalah Sedap/bil 90/2015...



Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam, dipotong 12 bahagian
1  labu  bawang besar, dicincang kasar
2  ulas  bawang putih, dicincang
2  helai  daun bay kering
3  sudu makan  kicap manis
300  ml  air
1  sudu teh  lada hitam kasar
1/2  sudu makan  garam
1  sudu teh  gula pasir
2  sudu teh  cuka makan
2  sudu makan  minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang besar,bawang putih dan daun bay sehingga terbit aroma.
2.  Masukkan ayam, kacau sehingga berubah warna.
3.  Masukkan kicap manis, kacau rata.
4.  Masukkan lada hitam, garam dan gula,kacau rata.  Tuangkan air, masak sehingga matang dan sedikit berkuah.
5.  Masukkan cuka, kacau rata.  Tutup api, sedia dihidangkan...

INFO :    Adobo (dari bahasa Sepanyol .. adobar, iaitu "perapan", "sos" atau "perasa") adalah hidangan popular dalam masakan Filipina.  Hidangan ini biasanya dimasak dengan menggunakan daging, makanan laut atau sayur-sayuran yang dimasak secara perlahan-lahan dalam cuka, minyak, kicap, bawang putih, daun bay dan lada hitam...

No comments:

Post a Comment