KEK PISANG

Saturday, October 28, 2017

BUBUR CANDIL...









BUBUR CANDIL@ BUBUR
TEPUNG PULUT
rujukan :    resipicitarasawan...



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung pulut
1  cawan  air
1  sudu teh  garam halus
Pewarna pilihan
2  liter  air untuk merebus
1 1/2  liter  air sejuk untuk merendam  (masukkan ke dalam bekas)


Bahan Kuah :

800  ml  santan
100  gm  gula pasir
1/2  sudu teh  garam
2  helai  daun pandan, disimpul
2  sudu kecil  tepung ubikayu/tepung jagung  ~  larutkan dengan sedikit air


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung pulut dan garam.  Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, jika keras tambahkan 2-3 sudu kecil air.

2.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan letakkan pewarna mengikut pilihan yang disukai.

3.  Gentelkan bulat-bulat bersaiz sederhana kecil sehingga habis.

4.  Didihkan air sehingga menggelegak di dalam periuk.  Masukkan bebola pulut dan masak sehingga timbul di permukaan air.  Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.

5.  Untuk Kuah :   Masak santan, gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih di dalam periuk.  Kemudian masukkan larutan tepung ubikayu/tepung jagung untuk memekatkan kuah.

6.  Toskan bebola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan...

No comments:

Post a Comment