BINGKA SERIKAYA VERSI
PANDAN
rujukan 1 : K. Fida
rujukan 2 : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 tin kaya (480 gm) (saya guna kaya pandan)
4 biji telur (saya guna gred A)
200 ml santan pekat (saya guna santan kotak)
200 ml susu cair
1 sudu teh esen vanilla (saya guna pandan paste)
1 sudu besar minyak/mentega cair (saya guna minyak)
180 gm tepung gandum ~ diayak
Sedikit pewarna kuning (atau : hijau, jika menggunakan kaya pandan)
Cara-Cara :
1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung gandum dan pewarna dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum serta pewarna dan kacau lagi sehingga adunan sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8"/9" yang disapu dengan sedikit minyak, taburkan sedikit bijan, jika suka. (saya menggunakan loyang aluminium foil 9 inci, tidak perlu disapu minyak tapi saya sapu sedikit minyak dan panaskan seketika di dalam oven).
4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga bingka kelihatan garing. Sejukkan bingka terlebih dahulu, potong dan sajikan. (Bingka ini juga enak dimakan ketika suam)...
No comments:
Post a Comment