CEKODOK PISANG@ JEMPUT-
JEMPUT PISANG
Bahan-Bahan :
10 biji pisang lemak manis (saiz besar)
1/3 cawan tepung beras
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1/4 sudu teh garam halus
Minyam masak secukupnya untuk gorengan terendam
Cara-Cara :
1. Pisang dikupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tambahkan baking powder, soda bikarbonate, garam dan gula secukupnya (jika perlu sebab pisang dah manis). Lecek sehingga pisang betul-betul lumat dan sebati dengan kesemua bahan-bahan tersebut.
2. Kemudian masukkan tepung beras dan tepung gandum, gaul rata dengan spatula/senduk kayu sehingga sebati. Rehatkan sebentar sementara minyak dipanaskan untuk menggoreng terendam.
3. Gunakan sudu atau boleh juga jemputkan adunan tadi dengan menggunakan tangan (hujung jari yang dibasahkan dengan air). Goreng cekodok sehingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment