Wednesday, October 11, 2017
TOFU LEMBUT SOS TIRAM...
TOFU LEMBUT SOS TIRAM
rujukan 1 : Pn. Zuraidah Ismail
rujukan 2 : resipicitarasawan
Bahan-Bahan :
2 blok tofu lembut (saya guna tauhu lembut biasa jer)
4 ulas bawang putih ~ dicincang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu besar kicap hitam (saya guna kicap pekat ABC)
1 cawan air
Garam & gula secukupnya
Sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Bahan Hiasan :
2 biji tomato ~ dipotong ikut citarasa
1 biji capsicum hijau ~ dihiris memanjang atau ikut citarasa
Cili merah, jika suka (tak letak)
Daun bawang ~ dihiris kasar
Bawang goreng secukupnya
Cara Memasak :
1. Kukus tofu selama 15 minit. Angkat dan keluarkan airnya. Potong 4.
2. Sementara itu, tumiskan bawang putih sehingga keperangan.
3. Masukkan air, sos tiram, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit kicap hitam untuk mencantikkan kuah.
4. Bila kuah telah mendidih, tuangkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Biarkan sebentar, kemudian masukkan tomato dan capsicum.
6. Tuangkan kuahnya ke atas tofu, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
7. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WUHUUUU...SEDAPNYA...HANTAR CHERAS PLEASEEE HIHI
ReplyDelete