BUBUR SOM SOM
rujukan : SAJI Oktober 2017 (Jalilah JJ)
1st owner : Shida Othman@MAHN...
Bahan-Bahan :
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung beras Cap Teratai
1 sudu teh garam halus (untuk menaikkan lemak)
4 1/2 cawan santan dari 1 biji kelapa
Pewarna pilihan (jika suka)
2-3 helai daun pandan disimpul
Bahan Air Gula : ***
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
3 helai daun pandan disimpul
*** Masuk kesemua bahan air gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula hancur dan mendidih kemudian ditapis. Sejukkan.
Cara Penyediaan :
1. Satukan tepung beras, tepung jagung dengan santan, tapis masukkan ke dalam periuk dengan daun pandan yang disimpul dan garam halus... kacau sebati.
2. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan meletup-letup dan adunan nampak berkilat.
3. Bahagikan adunan kepada dua atau tiga bahagian, satu bahagian biarkan warna asal manakala dua bahagian lagi warnakan dengan pewarna pilihan.
4. Tuangkan adunan mengikut kreativiti ke dalam acuan pilihan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan bersama air gula...
No comments:
Post a Comment