Monday, October 9, 2017
AYAM MASAK KURMA TANPA SANTAN...
AYAM MASAK KURMA
TANPA SANTAN
rujukan : you tube : buatoranglapo.com
Bahan-Bahan A :
4 ulas bawang merah ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
Bahan-Bahan B :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci bersih & toskan
6-8 sudu besar serbuk kurma ~ dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar ~ dipotong 2 atau 4
2 biji ubi kentang ~ dipotong 4 setiap satu
1/2 batang lobak merah ~ dikupas kulit & potong ikut citarasa (tambahan)
2 biji lada hijau ~ dibelah
Garam secukup rasa
Sedikit air limau nipis/kasturi (saya guna 1 keping asam gelugur)
Air secukupnya
1 senduk minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan kesemua bahan-bahan A sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kurma, kacau sehingga pecah minyak dan terus masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah. Biarkan seketika sehingga ayam masak dan sayur-sayuran lembut.
4. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan kuah sedikit pekat. Masukkan garam dan air perahan limau atau asam keping (jika guna). Perlahankan api.
5. Akhir sekali, masukkan cili dan bawang besar. Biarkan seketika sehingga bawang dan cili sedikit layu. Siap untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment