Friday, October 27, 2017
AYAM MASAK KICAP...
AYAM MASAK KICAP
Bahan-Bahan :
1/4 ekor ayam ~ cuci bersih, toskan, bubuh garam/serbuk kunyit & goreng
1 biji ubi kentang ~ dihiris & goreng
3 ulas bawang putih *
6 ulas bawang merah *
5 cm halia * ( * dikisar )
2 helai daun bay
1 biji cili merah ~ dihiris serong
2 sudu makan kicap masin
2 sudu makan kicap manis
Sedikit cuka
Sedikit air
Garam & gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Tumis bahan kisar, daun bay sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan cuka, kicap masin, kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan ubi kentang yang telah digoreng tadi dan hirisan cili merah.
5. Angkat dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yuhuuu dapnyaa..
ReplyDelete