BUBUR DURIAN KACANG HIJAU
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
2 cawan kacang hijau ~ rendam selama 1 jam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka manis)
1 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan ~ belah & disimpul
1 sudu kecil garam
Isi durian secukupnya
Cara-Cara :
1. Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak.. (* tujuannya biar cepat empuk).
2. Bila kacang hijau telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir. Kemudian masukkan pula gula Melaka yang diracik. Kacau sehingga gula larut dan sebati.
3. Masukkan isi durian, diikuti pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan. Kemudian masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
4. Setelah siap bolehlah dihidangkan... (kalau tidak suka durian, tidak perlu letak)...
No comments:
Post a Comment