Thursday, December 14, 2017
TELUR MASAK KICAP LADA HITAM...
TELUR MASAK KICAP LADA HITAM
rujukan : FB@Resipi Kuih Traditional & Moden...
Bahan-Bahan :
3-4 biji telur
1 labu bawang besar ~ hiris kasar
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
2 cm halia ~ hiris halus seperti batang mancis
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
3-4 sudu besar kicap pekat ABC
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar kicap masin
1/2 biji lada benggala merah ~ hiris memanjang (saya guna cili merah jer)
1 biji tomato ~ belah 6
Sedikit garam (jika perlu)
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Goreng dulu telur sebiji-sebiji berasingan (telur mata). Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap masin, sos cili, lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambahkan sedikit garam (jika perlu).
4. Masak sehingga mendidih dan masukkan telur yang digoreng tadi.
5. Masukkan lada benggala diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana sehingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (Lada benggala dan tomato jangan dibiarkan layu sangat)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment