KUIH CARA MANIS
MENGGUNAKAN SUSU SEGAR
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
1 biji telur gred A/B
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh pandan paste/pewarna hijau
Gula pasir secukupnya ~ untuk inti
1 helai daun pandan ~ sebagai berus untuk menyapu minyak pada acuan
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar. Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu segar habis. (Boleh juga diblend semuanya).
2. Panaskan acuan kuih cara. Pastikan apinya sederhana sahaja.
3. Sapu acuan kuih cara dengan sedikit minyak menggunakan daun pandan tadi.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih cara sehingga agak-agak penuh. Biarkan seketika sehingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
5. Sudukan sedikit gula dan tuangkan ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. (Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tetapi jangan sampai hangus pula).
6. Keluarkan dari acuan menggunakan lidi sate atau garfu...
INFO : Jika ingin menggunakan santan, sukatan : 1 cawan santan + 1 cawan air pandan, air dikisar bersama 4 helai daun pandan dan ditapiskan...
No comments:
Post a Comment