CHOCOLATE CHIP COOKIES
rujukan : FB/MAHN @ Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
menghasilkan : 83 keping
Bahan-Bahan :
1/2 cawan butter@mentega (125 gm)
3/4 cawan gula perang
1 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan chocolate chips
1/2 cawan kekacang pilihan yang dipanggang (saya guna badam cincang)
Bahan diayak bersama :
2 cawan tepung gandum
3/4 sudu teh soda bikarbonate
1/2 sudu teh baking powder
Cara-Cara :
Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur, esen vanilla dan pukul lagi sehingga kembang dan gula larut. Masukkan tepung (bahan yang diayak) dan kaupbalik sehingga rata. Jangan terlebih gaul. Masukkan chocolate chips dan kekacang, gaul lagi. Sudukan sedikit adunan sebanyak 1/2 sudu teh atau lebih (ikut saiz dikehendaki - saya sukat 1 sudu teh) di atas dulang yang bergris.
Bakar pada suhu 170'C-175'C selama 12-18 minit sehingga kelihatan sedikit keperangan. (Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu)...
No comments:
Post a Comment