KEK PISANG

Friday, December 29, 2017

SAMBAL KICAP AYAM...









SAMBAL KICAP AYAM
rujukan :    hanieliza...



Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  batang  serai  ~  diketuk
5  helai  daun limau purut  ~  dikoyak
2  biji  tomato  ~  dibelah 4 setiap satu
5  sudu besar  kicap
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam  (sekiranya perlu)


Bahan dikisar :

20  tangkai  cili kering  ~  rebus sehingga lembut
5  ulas  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.  Kacau rata.
5.  Masakkan hingga naik minyak.  Akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika.  Kacau rata.
6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...


TIPS :  Sos tomato boleh digantikan dengan 3 biji tomato yang dikisar dengan cili, kemudian ditumis hingga pekat dan naik minyak...

No comments:

Post a Comment