Monday, December 4, 2017
SUP TELUR BROKOLI...
SUP TELUR BROKOLI
Bahan-Bahan :
4 biji telur
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih * (* dikisar)
300 gm brokoli ~ potong kecil, cuci bersih & toskan
1 biji ubi kentang ~ potong kiub
Sedikit daun sup ~ racik kasar (tak letak tiada stok)
Sedikit suhun ~ direndam sehingga kembang
1 mangkuk air atau secukupnya
Garam & serbuk lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/periuk dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Apabila sudah naik bau, masukkan air secukupnya. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ubi kentang. Biarkan seketika sehingga kentang empuk/lembut.
3. Apabila kentang sudah empuk/lembut, masukkan brokoli dan suhun (toskan airnya).
4. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan seketika anggaran dalam 3 minit.
5. Angkat dan sedia dihidangkan dengan taburan hirisan daun sup dan bawang goreng (jika suka)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
boleh dicuba ni..
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete