PUDING BISKUT MARIE
rujukan : Majalah SAJI November 2017
kredit to : fizalgk.blogspot.my
Bahan A : (Kisar Halus)
10 keping biskut marie
1 biji telur (saya guna gred A)
150 ml air
1/2 tin susu cair
Bahan B :
10 gm serbuk agar-agar
600 ml air
1/3 cawan gula (tambah sedikit lagi gula jika suka lebih manis)
Bahan C :
Pewarna merah
Pewarna kuning
Pewarna hijau
Cara-Cara :
1. Kisar ke semua bahan A sehingga halus.
2. Masak serbuk agar-agar bersama semua bahan B sehingga mendidih dan gula larut. Tuangkan bahan kisar ke dalam larutan agar-agar dan kacau sehingga sebati. Padamkan api.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut citarasa.
4. Basahkan acuan pilihan, ambil sesenduk adunan dan lapiskan secara berselang-seli, lakukan sehingga habis adunan.
Setelah sejuk sedikit, masukkan ke dalam peti ais...
No comments:
Post a Comment