Thursday, December 21, 2017
RESIPI AISKRIM CHOKI-CHOKI...
RESIPI AISKRIM CHOKI CHOKI
menghasilkan : 22 batang
Bahan-Bahan :
1 tin susu pekat manis (500 gm)
1 tin susu cair (390 gm)
4 tin air yang telah dimasak (sukat menggunakan tin susu)
2 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Sedikit garam
Choki Choki secukupnya ~ potong 2 setiap satu
Cara-Cara :
1. Di dalam periuk, masak air, susu pekat manis dan susu cair sehingga mendidih.
2. Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi aiskrim jadi lembut. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak-lemak sikit. Kacau lagi sekali dan tutup api.
4. Dah siap tapiskan adunan tersebut. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam plastik aiskrim atau di dalam bekas aiskrim (ikut citarasa).
5. Masukkan choki choki ke dalam plastik aiskrim, picit-picitkan untuk bagi rata. Kemudian masukkan adunan tadi dan ikat dengan kemas.
6. Setelah agak sejuk/suam, masukkan ke dalam peti ais (bahagian freezer)...
Labels:
Minuman/Jus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment