CUCUR NASI IKAN BILIS
rujukan : DapurTanpaSempadan@CMG...
Bahan-Bahan :
2 cawan nasi sejuk ~ nasi lebihan semalam
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar ~ hiris kasar
2 ulas bawang putih ~ hiris
1/2 biji bawang besar ~ didadu
1/2 batang lobak merah ~ kupas kulit & disagat (tambahan)
1/2 cawan ikan bilis ~ cuci & rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah ~ hiris halus
Daun sup/daun bawang ~ hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara :
1. Satukan nasi, air, bawang besar hiris, bawang putih dan ikan bilis di dalam alat pengisar. Kisar sehingga halus. Gaulkan bahan-bahan kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, lobak merah yang disagat, cili hiris, bawang besar dadu dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul sehingga rata dan sebati. Ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemputkan adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas dengan berhati-hati. (Atau boleh juga menggunakan sudu). Buat sehingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
3. Masak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letakkan di atas paper towel. Buat selebihnya sehingga siap. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda...
No comments:
Post a Comment