KEK PISANG

Thursday, December 14, 2017

CHOCOLATE TART BROWNIES...










CHOCOLATE TART BROWNIES
rujukan :    FB@Aznie Khasri...
Yields :   anggaran 18-20 pcs...



Bahan Tart Shell :

250  gm  tepung gandum
120  gm  mentega
40  gm  gula aising
1  biji  kuning telur gred A
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

Masukkan mentega dan gula aising ke dalam mangkuk adunan, gaul sehingga sebati menggunakan senduk kayu atau spatula.
Masukkan telur dan esen vanilla, gaul lagi.
Kemudian masukkan tepung gandum dan uli sampai sebati dan letakkan dalam acuan tart.
Cucu-cucuk sedikit dengan garfu pada bahagian dasar tart.
Setelah siap, ketepikan sementara itu kita buat browniesnya pula...


Bahan Brownies :

300  gm  dark chocolate Beryls *
100  gm  Anchor Salted Butter *  ( * double-boil sehingga larut/cair )
3  biji  telur gred A
100  gm  gula kastor
1  sudu teh  esen vanilla
125  gm  tepung gandum


Cara-Cara :

1.  Potong chocolate dan butter kecil-kecil dan cairkan secara double-boiler.

2.  Setelah cair, angkat mangkuk dari atas dapur.

3.  Masukkan gula kastor, kacau sebati.  Gunakan hand whisk sahaja untuk kacau, tidak perlu guna mixer.

4.  Kemudian masukkan telur satu per satu dan kacau sehingga sebati.  Masukkan esen vanilla.

5.  Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit.

6.  Kacau adunan sehingga sebati dan tepung tidak berbintil/berketul.

7.  Masukkan adunan brownies ke dalam piping bag.

8.  Paipkan adunan brownies ke dalam tart shell tadi...masak/bakar bersama-sama.

9.  Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180'C, menggunakan api atas bawah.  (boleh periksa macam biasa dengan lidi sate samada sudah masak atau belum -  oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu)...

No comments:

Post a Comment