Wednesday, December 27, 2017
IKAN BERLADA...
IKAN BERLADA
Bahan-Bahan :
5 ekor ikan kembung (lumur dengan sedikit garam & serbuk kunyit kemudian goreng)
1 biji tomato (belah 4)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 biji tomato * ( kisar )
1 tangkai daun bawang (hiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili/sos tomato
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Goreng ikan hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga terbit bau.
3. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili/sos tomato, garam dan gula. Kacau rata hingga terbit minyak.
4. Masukkan tomato. Biarkan seketika hingga tomato sedikit layu.
5. Masukkan ikan goreng dan gaul rata pada keseluruhan ikan.
6. Taburkan hirisan daun bawang bila menghidang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment