Tuesday, December 12, 2017
SAMBAL GORENG IKAN BILIS & KENTANG...
SAMBAL GORENG IKAN BILIS
& KENTANG
Bahan-Bahan :
2 biji kentang ~ kupas kulit & hiris halus
1 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
1 sudu besar jus limau atau cuka masakan
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Bahan Kisar :
15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Kentang dihiris nipis dan digoreng garing.
2. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan masukkan jus limau ataupun cuka.
3. Masukkan garam secukup rasa dan gula.
4. Apabila naik minyak, masukkan ikan bilis dan kentang.
5. Gaul rata dan angkat dari kuali.
6. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment