Sunday, December 10, 2017
IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI...
IKAN SIAKAP 3 RASA ALA THAI
rujukan : you tube. buatoranglapo.com
Bahan Cincang Halus :
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda
1 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus :
1 kuntum bunga kantan (saiz kecil)
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
Bahan-bahan Sos :
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis atau jus lemon
1 sudu kecil kicap manis
Bahan-bahan Lain :
1 ekor ikan siakap
Sedikit tepung jagung
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 biji tomato ~ dipotong dadu
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis
Cara Memasak :
1. Bersihkan ikan dan toskan. Lumurkan ikan dengan garam dan tepung jagung secukupnya. Perapkan seketika.
2. Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan letakkan ikan yang telah masak di dalam pinggan besar atau yang sesuai.
3. Untuk kuah/sos : Tumiskan kesemua bahan yang dicincang halus sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga cili agak masak. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan sos tadi. Kacau rata.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan pula bahan-bahan hiris, air dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasanya.
5. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Akhir sekali masukkan tomato yang dipotong dadu tadi. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment