KEK PISANG

Sunday, September 1, 2013

FRUIT TARTLETS

 untuk dibawa balik ke asrama







FRUIT TARTLETS



Rujukan dari :  Majalah AROMA September 2013 -  tarabozu2



Bahan Tart Crust/Shell :

170  gm    butter
  50  gm    gula aising
    1  biji    telur (C)
290  gm    tepung gandum
    1  tsp    esen vanilla


Cara Penyediaan :

1.   Pukul butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu.  Jangan putar lama sangat.
2.   Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar lagi dengan senduk kayu.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3.   Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4.   Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
5.   Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
6.   Bakar pada suhu 170'C sehingga masak (anggaran 20-24 minit).
7.   Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan. (Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh ke dalam plastik bag dan simpan di dalam peti ais semalaman).


Bahan Krim Kastad :
Rujukan :  Majalah RASA 2007 (Chef Asma)

Bahan A :

  50  gm   tepung jagung
120  gm   gula halus
120  ml    susu segar
250  ml    air
    2  biji   telur
  40  gm   susu tepung
Setitik esen vanilla


Bahan B :

  25  gm   mentega


Cara Memasaknya :

1.   Untuk membuat filling kastad :  masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk.  Dengan menggunakan api sederhana, kacau sehingga sebati dan menjadi pekat.
2.   Apabila pekat, tutup api dan masukkan ke dalam bahan B.  Kacau sehingga berkilat.
3.   Tutup permukaan kastad dengan plastik wrap bagi mengelakkan permukaan kastad berkepala.


Topping Buah :  Boleh guna buah segar - ikut pilihan atau buah-buahan dalam tin


Cara Hias Fruit Tartlets :

     Untuk lebih senang, masukkan krim kastad ke dalam piping bag yang diletak nozzle.  Ambil kulit tart tadi, paipkan krim kastad secukupnya.  Hiaskan dengan buah-buahan segar pilihan.









No comments:

Post a Comment