sebelum dibakar
selepas dibakar
KEK BELANG COKLAT (8 inci)
Sumber : buku resipi 'Jamuan Kek' Chef Zubaidah
Bahan-bahan :
5 biji telur (saya guna gred B)
40 gm air biasa
10 gm ovalette
280 gm tepung naik sendiri
190 gm gula kastor
200 gm marjerin (cairkan & sejukkan)
1 tbsp coklat emulco
Acuan : 8 inci digris dengan sedikit mentega & dialas dengan baking paper
Cara-cara :
1. Pukul kesemua bahan kecuali marjerin cair dan coklat emulco hingga gebu dan berkrim.
2. Kemudian masukkan marjerin cair sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
3. Bahagikan kepada 2 adunan. Satu bahagian dimasukkan coklat emulco dan satu lagi dibiarkan kosong.
4. Tuangkan adunan coklat dan kosong ke dalam acuan secara berselang-seli dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 40-45 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.
gebunya kek kak..
ReplyDelete